Sunday, November 18, 2007

The Passion of The Christ


Semalam tengok filem ‘The Passion of The Christ’ (2004) , filem yang dikatakan ‘Box Office’ berdasarkan apa yang dilihat pada dokumentari bertajuk ‘The God Who Wasn’t There‘ yang aku donlot kat torent.

Aku berusaha tetapkan mata untuk melihat filem tersebut di TV rumah member semalam. Remote kat kawan aku, channel ditukar-tukar, dia nak cari filem, tiba-tiba terlihat filem tu. “Aku nak tengok weh cerita ni.. sat”. kata aku kepada kawan aku tu. kawan aku ni memang cukup ‘marah’ (suka) la ngan filem2 tv tu, aku tak minat gilla, tapi kali ni aku nak tengok plak, dia pun nak tengok gak, syok ka tak syok, dia bukan kira, janji filem.

Filem mula lama dah, babak Jesus tu (agaknyalah) dah dibawa menghadap raja atas apa sebab aku tak tau. tiba2 kena seksa. Filem tu menggunakan bahasa pengantar apa entah, sama ada bahasa ibrani (Hebrew), rom, atau bahasa di vatican sekarang. aku taktau. tapi, ada subtitle arab dan omputeh.

Aku nak tengok filem tu sebab aku tertengok dokumentari tu la kisah pasai tuhan orang kristian ni. apa yang aku faham, kawan aku la yang tolong ceritakan ‘patutkah tuhan kena seksa? dan bla.. bla..’ dokumentari tu katanya set2 atheist yang buat. Cuba la korang cari dokumentari tu. banyak la fakta yang diorang bagi untuk membantai puak2 kristian ni.

Aku pun tak tau apa sebenarnya cerita Jesus ni, adakah betul seperti apa yang digambarkan dalam filem tu atau sebaliknya. tapi dengan tengok filem tu boleh la dapat maklumat sikit, sekurang-kurangnya boleh buat aku minat nak kaji benda tu. tu yang aku tengok gak tu filem tu.

heret.jpgMana tahan, babak seksa, sebat punya la lama, naik pening aku tengok darah lama-lama. dalam tu pulak ibu dia (Maryam) datang dan melihat sekali, digambarkan seolah-olah ibunya melihat apa yang orang buat pada Jesus tu.

filem tu ending dengan, Jesus mengheret tiang bersalib dengan bantuan siapa entah (dituduh dia tu orang yahudi) naik ke bukit, di situ diikat, dipaku Jesus pada tiang tu, dan dipacakkan dlm satu lubang. time kena salib tu pun diseksa lagi. dalam pada tu, kat sebelah Jesus ada sorang lagi kena salib, entah siapa. lepas kena salib, tiba-tiba berlaku gempa.

Sebelum Jesus nak mati di salib tu, dia pesan kepada ibu dan orang sebelah ibu dia (entah siapa), pendek sahaja pesanannya. antaranya pesanan seolah-olah ajaran yang dia bawa sebelum ini sudah lengkap. Selepas tu dah mati dan tamat kisah salib tu, tiba-tiba ditunjukkan dalam satu gua, terbuka pintunya dan bangun hidup semula Jesus. dan tamatlah filemnya.

rasanya filem ni ada dalam torrent public. cuba la cari.

laman web filem ‘The Passion of The Christ’

dokumentari ‘The God Who Wasn’t There’ boleh download di sini

Dalam Al-Quranul Karim ada disebut kisah tentang Nabi Isa Alaihissalam. antaranya dalam;

1. Surah Al Baqarah : 87
2. Surah Al Baqarah : 136
3. Surah Al Baqarah : 253
4. Surah Ali Imran : 45
5. Surah Ali Imran : 52
6. Surah Ali Imran : 55
7. Surah Ali Imran : 59
8. Surah Al Baqarah : 84
9. Surah An Nisa’ : 157
10. Surah An Nisa’ : 163
11. Surah An Nisa’ : 171
12. Surah Al Maidah : 46
13. Surah Al Maidah : 78
14. Surah Al Maidah : 110
15. Surah Al Maidah : 112
16. Surah Al Maidah : 114
17. Surah Al Maidah : 116
18. Surah Al An’aam : 85
19. Surah Maryam : 34
20. Surah Al Ahzab : 7
21. Surah Asy Syura : 13
22. Surah Az Zukhruf : 63
23. Surah Al Hadid : 27
24. Surah As Sof : 6
25. Surah As Sof : 14

dan banyak lagi… ayat beserta terjemahannya klik di sini [PDF file]

Jesus : English
Nabi Isa : Melayu
Al-Masih @ Yasu’ : Arab

The God Who Wasn’t There : Tuhan Yang Tidak Di Sana
Passion : Keghairahan

No comments: